Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2025

Feedback & supportAmends the Communications and Multimedia Act 1998

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Komunikasi dan

Multimedia (Pindaan) 2025.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

s 2Pindaan seksyen 6

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6—

(a)

dalam takrif “agensi pemerakuan”, dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen 186” perkataan “atau 230a”;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

(PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 4

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “daftar pendapat”

takrif yang berikut:

‘ “data komunikasi” ertinya apa-apa data yang berhubungan dengan—

(a)

suatu komunikasi dengan menggunakan sistem komunikasi, yang dijana oleh sistem komunikasi itu yang membentuk sebahagian daripada rantaian komunikasi, yang menunjukkan, antara lain, asal, destinasi, geolokasi, laluan, masa, tarikh, saiz, tempoh atau jenis perkhidmatan yang mendasari, komunikasi itu;

(b)

seorang pelanggan perkhidmatan komunikasi dan penggunaan perkhidmatan komunikasi serta produk, perkhidmatan dan aplikasi yang berkaitan, oleh pelanggan tersebut; dan

(c)

apa-apa data lain yang berhubungan dengan komunikasi;’;

(c)

dalam takrif “kemudahan awam”, dengan memasukkan selepas perkataan “perkhidmatan telekomunikasi”

perkataan “, jalur lebar atau kemudahan rangkaian”;

(d)

dalam takrif “memintas”, dengan menggantikan perkataan

“pemerolehan kandungan mana-mana komunikasi dengan cara pendengaran atau selainnya” dengan perkataan

“pemerolehan atau pengeluaran semula atau kedua-duanya kandungan mana-mana komunikasi dengan cara pendengaran atau selainnya”;

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:

‘ “menyiarkan”, apabila tiada cara dinyatakan, ertinya menyiarkan dalam laman sesawang

Suruhanjaya;’;

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “pemberi perkhidmatan aplikasi” takrif yang berikut:

‘ “pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan”

ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan aplikasi kandungan;’;

(g)

dalam takrif “perkhidmatan rangkaian”—

(i)

dengan memotong perkataan “dan/”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan

“tidak berpandu” perkataan “atau kedua-duanya”;

(h)

dengan memasukkan selepas takrif “perkiraan” takrif yang berikut:

‘ “premis” ertinya apa-apa tapak, yang tidak bergerak atau sebaliknya, sama ada tapak itu dengan atau tanpa kepungan, dan termasuklah kenderaan, kapal udara, kapal dan apa-apa vesel lain;’;

(i)

dengan memasukkan selepas takrif “senarai capaian”

takrif yang berikut:

‘ “sistem komunikasi” ertinya apa-apa peranti atau suatu kumpulan peranti yang saling berhubung atau berkaitan, atau satu atau lebih rangkaian, yang digunakan dalam pemberian perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi;’;

(j)

dalam takrif “surat cara”, dengan memasukkan selepas perkataan “penentuan” perkataan “, suruhan bertulis”;

(k)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “voluntary industry code”, dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan

(l)

dengan memasukkan selepas takrif “surat cara” takrif yang berikut:

‘ “suruhan bertulis” ertinya suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 63,

64, 65 dan 73;’.

Undang-Undang Malaysia 6

s 3Pindaan seksyen 16

Seksyen 16 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:

“(ha) tatacara dan semua perkara yang berkaitan dengan pesanan elektronik komersial tanpa diminta;”;

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “tiga ratus ribu”

dengan perkataan “satu juta”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “tiga tahun”

dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu ribu”

dengan perkataan “satu ratus ribu”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Walau apa pun subseksyen (2) dan seksyen 53, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau apa-apa perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini, boleh menetapkan bahawa

Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi satu juta ringgit bagi ketakpatuhan apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 51.”.

s 4Seksyen baharu 16a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 16

seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk meminda Jadual 16a.

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, meminda

Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.”.

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

s 5Pindaan seksyen 29

Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Bahagian ini” perkataan “dan semua maklumat berkaitan yang diminta menurut seksyen 28”.

s 6Pindaan seksyen 34

Subseksyen 34(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “enam puluh hari” dengan perkataan “enam bulan”.

s 7Pindaan seksyen 41

Subseksyen 41(4) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu”

dengan perkataan “satu juta”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perkataan “atau kedua-duanya”

perkataan “dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak satu ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan”.

s 8Pindaan seksyen 44

Subseksyen 44(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “dan/”.

s 9Pindaan seksyen 45

Subseksyen 45(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “, yang hendaklah ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta,”.

Undang-Undang Malaysia 8

s 10Seksyen baharu 46a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 46

seksyen yang berikut:

“Pengetepian formaliti 46a.  (1)  Walau apa pun seksyen 45 dan 46, Menteri boleh mengetepikan formaliti pendaftaran di bawah suatu lesen kelas dengan membuat perisytiharan di bawah seksyen 13, dan mana-mana orang yang beroperasi di bawah lesen kelas itu hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan di bawah lesen kelas itu.

(2)

Jika subseksyen (1) terpakai, mana-mana orang boleh beroperasi di bawah lesen kelas yang berkaitan sehingga pembatalan lesen kelas itu atau sehingga Menteri membatalkan pendaftaran orang itu menurut seksyen 48.

(3)

Subseksyen 13(2), (4) dan (5) tidak terpakai bagi perisytiharan di bawah subseksyen (1).”.

s 11Pindaan seksyen 48

Seksyen 48 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

s 12Pindaan seksyen 51

Seksyen 51 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“dengan pematuhan atau ketakpatuhan mana-mana syarat lesen, dan termasuklah tetapi tidak terhad kepada remedi sesuatu pelanggaran syarat lesen, dan peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya” dengan perkataan

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

9

“dengan pematuhan Akta ini, perundangan subsidiarinya, surat cara yang dikeluarkan di bawah Akta ini, mana-mana syarat lesen atau mana-mana syarat-syarat lain yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini”;

(b)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam subseksyen (2), dengan memasukkan sebelum perkataan “required”

perkataan “the”;

(c)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“mana-mana syarat lesennya dan/atau mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya”

dengan perkataan “mana-mana peruntukan Akta ini, perundangan subsidiarinya, mana-mana surat cara yang dikeluarkan di bawah Akta ini, mana-mana syarat lesen atau mana-mana syarat lain yang dikenakan oleh

Suruhanjaya di bawah Akta ini”; dan

(d)

dalam subseksyen (7), dengan memasukkan sebelum perkataan “subseksyen (6)” perkataan “subseksyen (1)

sebagaimana yang diberitahu di bawah”.

s 13Pindaan seksyen 53

Seksyen 53 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Ketakpatuhan arahan Suruhanjaya”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak satu ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan”.

Undang-Undang Malaysia 10

s 14Pindaan seksyen 55

Seksyen 55 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “penentuan Suruhanjaya” perkataan yang berikut:

“atau apa-apa perkara lain untuk menggalakkan urusan industri yang selaras dengan—

(a)

matlamat Akta ini;

(b)

mana-mana surat cara yang berkaitan di bawah

Akta ini; atau

(c)

mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam

Akta ini atau perundangan subsidiarinya.”;

dan

(b)

dalam subseksyen (5)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “empat puluh lima hari” dengan perkataan “tiga puluh hari”;

dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “tamatnya siasatan itu” dengan perkataan “penyiaran laporan berkenaan siasatan di bawah seksyen 65”.

s 15Pindaan seksyen 63

Seksyen 63 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya boleh mengarahkan supaya” dengan perkataan “Suruhanjaya boleh, secara bertulis, menyuruh supaya”; dan

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“arahan” dengan perkataan “suruhan bertulis”.

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

s 16Pindaan seksyen 64

Seksyen 64 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Arahan”

dengan perkataan “Suruhan bertulis”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“arahan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“suruhan bertulis”; dan

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Walau apa pun seksyen 53, seseorang” dengan perkataan

“Seseorang”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1)” dengan perkataan “suruhan bertulis di bawah subseksyen 63(1) dan subseksyen (1) seksyen ini”.

s 17Pindaan seksyen 65

Seksyen 65 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “siasatan itu” perkataan “dan Suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh masa itu tidak melebihi tiga puluh hari”; dan

(b)

dalam perenggan (3)(d), dengan menggantikan perkataan

“arahan” dengan perkataan “suruhan bertulis”.

s 18Pindaan seksyen 68

Seksyen 68 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “kesalahan sivil atau jenayah” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pelanggaran sivil atau kesalahan jenayah”; dan

Undang-Undang Malaysia 12

(b)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan memasukkan selepas perkataan “civil” di mana-mana jua terdapat perkataan

“infringement”.

s 19Pindaan seksyen 73

Seksyen 73 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “notis bertulis, mengarahkan” dengan perkataan “suruhan bertulis, menyuruh”; dan

(ii)

dalam perenggan 2(a), (b), (c), (d), (e) dan (f), dengan menggantikan perkataan “notis” dengan perkataan “suruhan bertulis”; dan

(b)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “diarahkan”

dengan perkataan “disuruh”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dan/atau dokumen” dengan perkataan “atau dokumen atau kedua-duanya”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “notis” dengan perkataan “suruhan bertulis”.

s 20Seksyen baharu 73a dan 73b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 73

seksyen yang berikut:

“Pengauditan oleh Suruhanjaya 73a.  (1)  Suruhanjaya boleh menjalankan suatu audit ke atas mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

13

mengenai apa-apa perkara di bawah Akta ini, perundangan subsidiarinya, apa-apa surat cara yang dikeluarkan di bawah

Akta ini atau apa-apa maklumat yang diberikan oleh pemegang lesen atau orang lain kepada Suruhanjaya.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai, ejen atau penasihat teknikalnya untuk menjalankan audit itu.

(3)

Dalam menjalankan audit, Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa, ejen atau penasihat teknikalnya boleh—

(a)

memasuki premis mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi; dan

(b)

mendapatkan apa-apa maklumat berkenaan dengan pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi dan hendaklah diberikan akses kepada maklumat itu sama ada disimpan di dalam komputer atau selainnya.

(4)

Suruhanjaya boleh meminta pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi untuk menanggung kos untuk menjalankan suatu audit, sebagaimana yang dianggap perlu.

(5)

Suruhanjaya boleh menentukan pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan sistem komunikasi yang akan tertakluk kepada suatu audit.

(6)

Seseorang pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan sistem komunikasi yang enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang Suruhanjaya, pegawai diberi kuasa, ejen atau penasihat teknikalnya dalam menjalankan sesuatu pengauditan di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “akses” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 249(2).

Undang-Undang Malaysia 14

Pengauditan bebas 73b.  (1)  Suruhanjaya boleh pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya, menghendaki mana-mana pemegang lesen untuk melantik dengan kos ditanggung sendiri seorang pakar bebas untuk mengaudit apa-apa perkara di bawah

Akta ini, perundangan subsidiarinya, apa-apa surat cara yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh pemegang lesen kepada Suruhanjaya.

(2)

Pengauditan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan mengikut mana-mana garis panduan atau arahan di bawah seksyen 51 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini.

(3)

Suruhanjaya boleh menentukan pemegang lesen yang akan tertakluk kepada suatu audit.

(4)

Pemegang lesen hendaklah membuktikan sehingga

Suruhanjaya berpuas hati bahawa pakar bebas yang disebut dalam subseksyen (1) mempunyai kelayakan dan kekompetenan yang perlu.

(5)

Pemegang lesen hendaklah mengemukakan suatu salinan laporan audit itu kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

(6)

Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.

s 21Penggantian seksyen 74

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 74 dengan seksyen yang berikut:

s 74“Ketakpatuhan suruhan bertulis

Seseorang yang tidak mematuhi sesuatu suruhan bertulis

Suruhanjaya di bawah Bab ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

15

sepuluh tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak satu ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.”.

s 22Penggantian seksyen 75

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 75 dengan seksyen yang berikut:

“Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau mengelirukan, dll.

s 75Seseorang yang—

(a)

tidak mendedahkan atau tidak memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang berkaitan;

(b)

memberikan maklumat, keterangan atau dokumen yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu atau mengelirukan; atau

(c)

dengan sengaja mengubah, menyembunyikan atau memusnahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang dia dikehendaki untuk mengemukakan, sebagai gerak balas kepada suatu suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”.

s 23Pindaan seksyen 78

Seksyen 78 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen 268” perkataan “atau 268a”.

s 24Pindaan seksyen 79

Subseksyen 79(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “arahan” dengan perkataan “suruhan bertulis”.

Undang-Undang Malaysia 16

s 25Pindaan seksyen 80

Seksyen 80 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“menyiarkan” perkataan “apa-apa”;

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan

“maklumat” perkataan “yang berada di dalam milikan asalnya atau”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “Bab” dengan perkataan “Akta”; dan

(b)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “hendaklah” perkataan “, bagi maklumat yang diterimanya,”.

s 26Pindaan seksyen 81

Subseksyen 81(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “caj (jika ada) yang ditentukan” dengan perkataan

“fi, jika ada, yang boleh dikenakan”.

s 27Pindaan seksyen 82

Subseksyen 82(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “dua orang atau lebih (“pihak-pihak”)” dengan perkataan “dua pihak atau lebih”; dan

(b)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “persons (“the parties”)” dengan perkataan

“parties”.

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

s 28Pindaan seksyen 89

Subseksyen 89(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “pengadu” dengan perkataan “pihak yang hendak menguatkuasakan keputusan”; dan

(b)

dengan memotong perkataan “kecuali dalam hal suatu injunksi”.

s 29Pemotongan seksyen 90, 91, 92 dan 93

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 90, 91, 92

dan 93.

s 30Pindaan seksyen 94

Seksyen 94 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“suatu badan industri menjadi suatu forum industri”

dengan perkataan “satu atau lebih badan industri menjadi satu atau lebih forum industri”; dan

(b)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan sebelum perkataan “kehendak” perkataan “mana-mana”.

s 31Pindaan seksyen 96

Subseksyen 96(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dirumuskan” dengan perkataan “ditentukan”.

s 32Pindaan seksyen 97

Subseksyen 97(5) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tiga tahun” dengan perkataan “satu tahun”.

Undang-Undang Malaysia 18

s 33Pindaan seksyen 99

Seksyen 99 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (1).”.

s 34Pemotongan seksyen 100

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 100.

s 35Pindaan seksyen 104

Seksyen 104 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1) Suruhanjaya boleh menentukan suatu standard mandatori bagi apa-apa perkara termasuk—

(a)

apa-apa perkara yang mungkin menjadi hal perkara suatu kod industri sukarela jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa forum industri yang ditentukan tidak membangunkan suatu kod industri sukarela yang memuaskan atau kod industri sukarela itu berkemungkinan akan gagal atau telah gagal, dan akan terus gagal; atau

(b)

apa-apa perkara untuk menggalakkan urusan industri yang selaras dengan—

(i)

matlamat Akta ini;

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

(ii)

mana-mana surat cara yang berkaitan di bawah Akta ini; atau

(iii)

mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini atau perundangan subsidiarinya.”; dan

(b)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “arahan Menteri” perkataan

“kepada Suruhanjaya”.

s 36Pindaan seksyen 105

Seksyen 105 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“pemegang lesen” dengan perkataan “orang”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan kepada mana-mana orang di bawah seksyen 51 untuk mematuhi mana-mana standard mandatori.

(5)

Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (4).”.

s 37Pemotongan seksyen 109

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 109.

s 38Pindaan seksyen 110

Subseksyen 110(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “/atau”.

Undang-Undang Malaysia 20

s 39Pindaan seksyen 111

Seksyen 111 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (3)(d), dengan memasukkan selepas perkataan “mendaftarkan aku janji itu” perkataan “atau tempoh lain yang dipersetujui oleh Suruhanjaya”;

(b)

dalam perenggan (4)(b), dengan memasukkan selepas perkataan “mendaftarkan aku janji itu” perkataan “atau tempoh lain yang dipersetujui oleh Suruhanjaya”; dan

(c)

dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “penerimaan aku janji itu” perkataan “dan

Suruhanjaya boleh melalui notis bertulis kepada orang yang membuat permohonan bertulis itu melanjutkan tempoh tidak melebihi tiga puluh hari”.

s 40Pindaan seksyen 113

Seksyen 113 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “boleh”

perkataan “, dengan kebenaran Suruhanjaya,”; dan

(b)

dengan memotong perkataan “pada bila-bila masa dengan memberitahu Suruhanjaya secara bertulis”.

s 41Pindaan seksyen 115

Seksyen 115 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Bab 6” perkataan “Bahagian ini”.

s 42Pindaan seksyen 116

Seksyen 116 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“mahkamah” dengan perkataan “Mahkamah Tinggi”; dan

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Sesuatu arahan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 112(2) boleh dikuatkuasakan oleh

Mahkamah Tinggi seolah-olah arahan itu merupakan suatu penghakiman Mahkamah Tinggi, dengan syarat suatu perakuan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada pihak yang hendak menguatkuasakan aku janji berdaftar yang memberikan kebenaran untuk meneruskan tindakan di Mahkamah Tinggi bagi penguatkuasaan aku janji berdaftar itu.”.

s 43Pindaan seksyen 119

Seksyen 119 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “permintaan itu oleh Suruhanjaya” perkataan

“dan Suruhanjaya boleh melalui notis bertulis kepada orang yang membuat permintaan bertulis itu melanjutkan tempoh tidak melebihi tiga puluh hari”; dan

(b)

dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan “laporan” perkataan “, suruhan bertulis”.

s 44Pindaan seksyen 121

Subseksyen 121(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Seseorang yang terjejas dengan” dengan perkataan

“Seseorang yang terkilan dengan atau yang kepentingannya dimudaratkan oleh”.

s 45Pindaan seksyen 126

Seksyen 126 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “ditentukan”

dengan perkataan “ditetapkan”; dan

Undang-Undang Malaysia 22

(ii)

dalam perenggan (1)(bb), dengan memasukkan selepas perkataan “lesen kelas” perkataan “yang sah”; dan

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu”

dengan perkataan “satu juta”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “lima tahun”

dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dengan perkataan “satu ratus ribu”.

s 46Pindaan seksyen 127

Seksyen 127 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Seorang pemegang lesen di bawah Bahagian ini tidak boleh memberikan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan kecuali mengikut semua syarat lesen individu yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah Bahagian ini atau semua syarat lesen kelas yang dengannya pemegang lesen itu tertakluk.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 51 kepada mana-mana pemegang lesen untuk mematuhi—

(a)

mana–mana syarat yang terpakai bagi lesen individu yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah Bahagian ini; atau

(b)

mana-mana syarat yang terpakai bagi lesen kelas yang dengannya pemegang lesen itu tertakluk.

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

(5)

Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi suatu arahan di bawah subseksyen (4).”.

s 47Pindaan seksyen 145

Perenggan 145(1)(c) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “dan/”.

s 48Pindaan seksyen 146

Perenggan 146(c) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “dan/”.

s 49Pindaan seksyen 147

Seksyen 147 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (1)(c), dengan memotong perkataan

“dan/”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Suruhanjaya boleh menentukan bahawa—

(a)

kemudahan rangkaian atau kelas kemudahan rangkaian yang disyorkan;

(b)

perkhidmatan rangkaian atau kelas perkhidmatan rangkaian yang disyorkan; atau

(c)

mana-mana kemudahan atau perkhidmatan lain yang disyorkan yang memudahkan pemberian perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, termasuk perkhidmatan aplikasi kandungan,

Undang-Undang Malaysia 24

dimasukkan atau dikeluarkan daripada senarai capaian, jika ia berpuas hati bahawa forum capaian itu telah memberi peluang yang mencukupi bagi perundingan awam dengan orang yang mempunyai kepentingan dalam syor itu, dan tidak kurang daripada sembilan persepuluh daripada anggota forum capaian menyokong syor itu.”.

s 50Pindaan seksyen 148

Perenggan 148(c) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “dan/”.

s 51Pindaan seksyen 149

Subseksyen 149(3) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu” dengan perkataan “satu juta”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”.

s 52Penggantian seksyen 150

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 150 dengan seksyen yang berikut:

s 150“Penyerahsimpanan perjanjian capaian

Suatu perjanjian capaian bertulis bagi pemberian kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tersenarai dan semua pindaan kepadanya hendaklah diserah simpan dengan Suruhanjaya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh tandatangan atau pindaan perjanjian capaian, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

s 53Pindaan seksyen 152

Seksyen 152 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“suatu badan industri tunggal” dengan perkataan “suatu badan industri”.

s 54Pindaan seksyen 153

Subseksyen 153(3) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perenggan (b), (c), (d), (e) dan (f)

dengan perenggan yang berikut:

“(b) prinsip penentuan harga termasuk perkaedahan kadar;

(c)

operasi dan penyelenggaraan;

(d)

pengebilan dan penyelesaian;

(e)

perlindungan harta intelek;

(f)

perlindungan maklumat perdagangan;”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:

“(g) pemberian kemudahan atau perkhidmatan;

(h)

perkongsian maklumat teknikal;

(i)

penyelesaian pertikaian; dan

(j)

penggantungan dan penamatan.”.

s 55Pindaan seksyen 155

Subseksyen 155(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “yang tersenarai dalam senarai capaian”.

Undang-Undang Malaysia 26

s 56Pindaan tajuk Bab 1 Bahagian VII

Akta ibu dipinda dalam tajuk Bab 1 Bahagian VII dengan memotong perkataan “Penguntukan”.

s 57Pindaan seksyen 157

Seksyen 157 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“ditentukan” dengan perkataan “ditetapkan”; dan

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu”

dengan perkataan “satu juta”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “lima tahun”

dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perkataan “atau kedua-duanya” perkataan “dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak satu ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas pensabitan”.

s 58Pindaan seksyen 172

Seksyen 172 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “semua spektrum” perkataan “dan rancangan spektrum sedemikian hendaklah disiarkan”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“(termasuk dalam media elektronik)” dengan perkataan

“melalui apa-apa cara,”; dan

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengubah suai, mengubah atau membatalkan rancangan spektrum dan menyiarkan pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan itu.”.

s 59Pindaan seksyen 174

Seksyen 174 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “dan/”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “penguntukan radas” perkataan “atau kedua-duanya”.

s 60Pindaan seksyen 177

Perenggan 177(d) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan

“/atau” di hujung perenggan itu.