Skip to content

Seksyen 10B

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 12 of 119

Seksyen 10B

(1)

Tiada seorang pun selain suatu koperasi boleh berdagang atau menjalankan apa-apa urusan atau urus niaga di bawah apa-apa nama atau gelaran yang perkataan “koperasi”, “koperatif”, “ko-operatif”, atau “ko-op”, atau apa-apa terbitan daripada perkataan ini dalam apa-apa bahasa, atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

menunjukkan penjalanan urusan atau urus niaga sedemikian, berhubung dengan urusan atau urus niaga atau apa-apa bahagian urusan atau urus niaga yang dijalankan oleh orang itu, atau membuat apa-apa representasi yang bermaksud sedemikian dalam apa-apa kepala bil, kertas surat, notis, iklan atau mengikut apa-apa cara lain jua pun.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan boleh sebagai tambahan, didenda harian lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.