Skip to content

Seksyen 10A

Pengemukaan diri sebagai koperasi

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 11 of 119
Seksyen 10A
(1)

Tiada seorang pun boleh mengemukakan dirinya sebagai suatu koperasi, atau menyatakan bahawa dia atau mana-mana orang lain menjalankan urusan suatu koperasi mengikut apa-apa bentuk atau cara melainkan jika dia atau orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berdaftar di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Larangan penggunaan perkataan “koperasi”, dsb.