Seksyen 62
Seksyen 62
Tiada seorang pun boleh diluluskan untuk mengaudit akaun suatu koperasi atau, jika dia telah diluluskan sebagai juruaudit, boleh mengaudit akaun suatu koperasi atau membuat apa-apa jua yang dikehendaki supaya dibuat oleh seseorang juruaudit di bawah Akta ini jika—
(a)
dia dengan apa-apa cara berhutang dengan koperasi itu atau dengan mana-mana subsidiarinya;
(aa) dia ialah seorang anggota koperasi atau seorang suami atau isteri kepada pegawai koperasi itu;
(b)
dia ialah pegawai koperasi itu atau pekongsi pegawai itu dalam apa-apa perusahaan;
(c)
dia ialah pekerja koperasi itu atau pekongsi pekerja itu dalam apa-apa perusahaan;
(d)
dia ialah pekerja seseorang pegawai koperasi itu atau pekerja seseorang pekerja sedemikian; atau
(e)
dia telah dikompaunkan atau disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau Akta Syarikat 1965 atau atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.