Seksyen 63
Kewajipan juruaudit
Juruaudit suatu koperasi hendaklah memeriksa dan mengaudit akaun dan rekod berkaitan yang lain koperasi itu dan hendaklah dengan serta-merta menarik perhatian Suruhanjaya dan koperasi itu tentang apa-apa luar aturan yang didedahkan oleh pemeriksaan dan pengauditan itu yang, pada pendapat juruaudit itu, secukupnya penting untuk menjustifikasikannya berbuat demikian.
(2)
Juruaudit suatu koperasi hendaklah mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh koperasi itu selepas tutupnya tahun kewangan itu.
Koperasi 55
(3)
Juruaudit suatu koperasi hendaklah, berkenaan dengan akaun, rekod dan penyata yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2), memberikan laporan—
(a)
sama ada penyata kewangan sedemikian memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi itu; dan
(b)
apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan, dan hendaklah menyatakan dalam laporannya sama ada—
(aa) rekod perakaunan dan rekod lain yang sepatutnya telah disimpan; dan
(bb) penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan aset oleh koperasi itu dalam tahun itu mengikut Akta ini, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi itu.
(4)
Juruaudit suatu koperasi boleh pada bila-bila masa lain melaporkan kepada Suruhanjaya dan koperasi itu tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada perlakuan pengauditan itu.
(5)
Pengauditan akaun suatu koperasi hendaklah termasuk suatu penelitian akan dan laporan mengenai hutang belum jelas, jika ada, dan penelitian akan dan laporan mengenai nilaian aset dan liabiliti koperasi itu.
(6)
Mana-mana juruaudit yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.