Skip to content

Seksyen 68

Pemeriksaan atas permohonan pemiutang

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 79 of 119
Seksyen 68
(1)

Suruhanjaya boleh, atas permohonan seseorang pemiutang suatu koperasi, memeriksa atau mengarahkan mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa olehnya melalui perintah secara bertulis bagi maksud ini memeriksa buku, akaun, wang tunai atau harta lain kepunyaan koperasi itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dan Suruhanjaya atau pegawai awam itu hendaklah mempunyai segala kuasa di bawah seksyen 64.

Koperasi 59

(2)

Tiada pemeriksaan boleh dibuat atau diarahkan di bawah subseksyen (1)

atas permohonan seseorang pemiutang suatu koperasi melainkan jika pemiutang itu—

(a)

memuaskan hati Suruhanjaya bahawa hutang itu ialah suatu jumlah wang yang telah genap masa pada masa itu dan dia telah menuntut pembayarannya tetapi telah tidak menerima pembayaran itu dalam masa yang munasabah; dan

(b)

mendepositkan dengan Suruhanjaya apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Suruhanjaya sebagai cagaran bagi kos pemeriksaan itu.

(3)

Suruhanjaya hendaklah memberitahu keputusan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) kepada pemiutang dan koperasi itu.