Skip to content

Seksyen 69B

Koperasi 63

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 82 of 119
Seksyen 69B
(1)

Mana-mana orang yang dipecat daripada jawatan di bawah subperenggan 69(1)(c)(iii) atau subsubperenggan 69(1)(c)(iv)(A) hendaklah terhenti memegang jawatan yang dia dipecat mulai tarikh yang ditetapkan dalam perintah itu, dan tidak boleh selepas itu memegang apa-apa jawatan lain dalam koperasi itu atau, mengikut apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kena mengena dengan, atau mengambil bahagian, atau terlibat dalam, apa-apa urusan, aktiviti atau hal ehwal berhubung dengan koperasi itu.

(2)

Mana-mana pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.