Seksyen 7
Pendaftaran
Suruhanjaya boleh, tertakluk kepada peraturan-peraturan dan apabila diterima fi yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, mendaftarkan sesuatu koperasi dan undang-undang kecilnya.
(2)
Tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dengan liabiliti terhad.
(3)
Jika Suruhanjaya enggan mendaftarkan sesuatu koperasi, rayuan boleh dibuat kepada Menteri terhadap keengganan itu dalam masa dua bulan dari tarikh keengganan itu.
(4)
Perkataan “Koperasi” hendaklah menjadi sebahagian daripada nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.
(5)
Perkataan “Berhad” hendaklah menjadi perkataan terakhir dalam nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.