Skip to content

Seksyen 8

Peruntukan khas bagi koperasi tertentu

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 8 of 119
Seksyen 8

(1)

Walau apa pun subseksyen 5(1), jika suatu koperasi tidak dapat memenuhi syarat yang dinyatakan dalam perenggan 5(1)(a) tetapi berhak selainnya untuk didaftarkan di bawah seksyen 7, Suruhanjaya boleh, selepas mengambil kira bilangan orang dalam kawasan operasi yang dicadangkan bagi koperasi itu yang layak menjadi anggota dan jenis aktiviti yang dicadangkan bagi koperasi itu, dan jika koperasi itu terdiri daripada sekurang-kurangnya dua puluh orang, mendaftarkan koperasi itu sebagai koperasi asas di bawah

Akta ini.

(2)

Walau apa pun perenggan 6(2)(b), permohonan bagi pendaftaran sesuatu koperasi yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh semua orang yang hadir.

Koperasi 19