Seksyen 44
Tugas dan kuasa Lembaga
Lembaga sesuatu koperasi hendaklah mewakili koperasi itu di hadapan semua pihak berkuasa awam yang berwibawa dan dalam semua urus niaga dan transaksi dengan orang ketiga, hendaklah mempunyai kuasa untuk memulakan atau membela guaman yang dibawa atas nama koperasi itu dan, pada umumnya, hendaklah mengarahkan, menguruskan dan mengawasi urusan atau aktiviti, kumpulan wang dan harta koperasi itu, dan hendaklah menjalankan segala kuasa yang perlu untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan yang sepenuhnya dan sepatutnya akan hal ehwal, urusan atau aktiviti koperasi itu termasuk, dan walau apa pun keluasan makna di atas, urusan atau aktiviti koperasi itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan-peraturan, kecuali kuasa yang dikhaskan untuk mesyuarat agung anggota atau perwakilan.
(2)
Mana-mana anggota Lembaga Koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
Pendedahan kepentingan dalam pembiayaan Islam atau kemudahan kredit oleh anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif