Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2015Read it in English

45. Liabiliti anggota Lembaga

Feedback & support
(1)

Dalam perjalanan hal ehwal suatu koperasi, anggota Lembaga koperasi itu hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan, perintah atau undang-undang kecil koperasi itu atau arahan mesyuarat agungnya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap diri mana-mana anggota Lembaga atau pegawai suatu koperasi berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat bona fide menurut atau semasa melaksanakan atau dengan tujuan untuk melaksanakan Akta ini, peraturan-peraturan, perintah atau undang-undang kecil koperasi itu.

(3)

Jika Lembaga suatu koperasi telah melantik seseorang sebagai ketua pegawai eksekutif untuk mentadbirkan dan menguruskan hal ehwal koperasi itu, pelantikan itu tidaklah mengecualikan anggota Lembaga daripada liabiliti dan tanggungjawab bagi arahan dan penjalanan yang sepatutnya akan hal ehwal koperasi itu.

Koperasi 39

(4)

Mana-mana anggota Lembaga sesuatu koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.

Report

Bahagian VI

Harta dan Kumpulan Wang Koperasi

Bahagian VII

Akaun dan Audit

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Siasatan, Pembubaran dan Pertikaian

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, ternyata bahawa mana-mana orang yang telah mengambil bahagian dalam pengelolaan atau pengurusan koperasi it

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules