Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Koperasi (Pindaan) 2021.
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Koperasi (Pindaan) 2021 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1634 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.
Akta A1634
AKTA KOPERASI (PINDAAN) 2021
Tarikh Perkenan Diraja ... 26 Januari 2021
Tarikh penyiaran dalam Warta ... 2 Februari 2021
Hakcipta Pencetak H
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1634
AKTA KOPERASI (PINDAAN) 2021
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Koperasi (Pindaan) 2021.
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 5
Akta Koperasi 1993 [Akta 502], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam perenggan 5(1)(a) dengan menggantikan perkataan "lima puluh" dengan perkataan "dua puluh".
Pindaan seksyen 6
Seksyen 6 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (1)(a), dengan menggantikan perkataan "sepuluh" dengan perkataan "lima"; dan
dalam perenggan (2)(b), dengan menggantikan perkataan "dua puluh lima" dengan perkataan "sepuluh".
Pindaan seksyen 8
Subseksyen 8(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "dua puluh" dengan perkataan "lima".
Pindaan seksyen 12
Perenggan 12(b) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan "dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu Suruhanjaya,".
Pindaan seksyen 24
Perenggan 24(1)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "beragama Islam," perkataan "kepada orang yang dinamakan mengikut peraturan-peraturan bagi pihak anggota yang mati atau, jika tiada orang yang dinamakan sedemikian,".
Apa-apa penamaan penama oleh seseorang anggota koperasi beragama Islam yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus kekal sah.
Pindaan seksyen 42
Seksyen 42 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "enam" dengan perkataan "tiga".
Pindaan seksyen 42A
Subseksyen 42A(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "tiga" dengan perkataan "dua".
Pindaan seksyen 50
Seksyen 50 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan memasukkan selepas perenggan (e), perenggan yang berikut:
“(ea) pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan yang berlesen, atau koperasi sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula, subseksyen yang berikut:
“(2) Bagi maksud perenggan (1)(ea), "institusi kewangan yang berlesen" ertinya—
suatu bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; dan
suatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]."
Pindaan seksyen 72
Subseksyen 72(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "lima belas" dengan perkataan "lima".
Peralihan
Semua peraturan-peraturan, arahan, garis panduan, surat pekeliling dan notis yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, yang tidak selaras dengan peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terhenti berkuat kuasa.
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.