Skip to content

Seksyen 6

Pindaan seksyen 24

of Akta Koperasi (Pindaan) 2021

Amendment ActIn forceProvision 6 of 11
Seksyen 6
(1)

Perenggan 24(1)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "beragama Islam," perkataan "kepada orang yang dinamakan mengikut peraturan-peraturan bagi pihak anggota yang mati atau, jika tiada orang yang dinamakan sedemikian,".

(2)

Apa-apa penamaan penama oleh seseorang anggota koperasi beragama Islam yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus kekal sah.