PERMULAAN
Tajuk ringkas dan pemakaian
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri 1983 is Malaysia Act, cited as Act 284 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.
Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 284
AKTA KUMPULAN WANG
BIASISWA PENGAJIAN TINGGI
RAJA-RAJA DAN YANG
DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA
Sebagaimana pada 1 Oktober 2021
Undang-Undang Malaysia 2
Akta 284
AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN TINGGI
RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA
Tarikh Perkenan Diraja
… … …
11 Mei 1983
Tarikh penyiaran dalam Warta
… …
12 Mei 1983
Cetakan Semula Yang Terdahulu
Cetakan Semula Yang Pertama
… … … … …
2001
Cetakan Semula Yang Kedua
… … … … …
2006
Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan
Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 3
Akta 284
AKTA KUMPULAN WANG BIASISWA PENGAJIAN
TINGGI RAJA-RAJA DAN YANG DI-PERTUA-YANG
DI-PERTUA NEGERI 1983
Opening note
Tajuk ringkas dan pemakaian
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Biasiswa
Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua
Negeri 1983 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian
Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 284
“Lembaga” ertinya Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian
Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;
“Majlis” ertinya Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan di bawah
Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.
Penubuhan dan pengurusan Kumpulan Wang
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi
Raja-Raja dan Yang-di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri.
Kawalan dan pengurusan Kumpulan Wang hendaklah, tertakluk pada peruntukan Akta ini, terletak hak pada Lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa
Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua
Negeri, yang disebut “Lembaga” dalam Akta ini, yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dengan kuasa untuk membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya, memegang harta alih atau tak alih, membuat kontrak dan, tertakluk kepada apa yang diperuntukkan kemudian daripada ini, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, menggadaijanjikan, memajak atau selainnya melupuskan harta alih atau tak alih yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
Kuasa Lembaga untuk menerima pemberian, derma, dsb.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa menurut budi bicaranya untuk menerima apa-apa pemberian, derma, derma kekal, hadiah atau bekues yang dibuat untuk atau bagi faedah Kumpulan Wang.
Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan
Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 7
Anggota Lembaga
Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat orang anggota lain yang dilantik oleh Majlis dalam kalangan Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Pengerusi dan anggota Lembaga hendaklah, tertakluk pada seksyen 6 dan 7, dilantik bagi tempoh dua tahun dan layak untuk dilantik semula.
Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi dan dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan dua orang anggota hendaklah membentuk kuorum.
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menetapkan tatacaranya sendiri.
Kehilangan kelayakan anggota
Seseorang anggota Lembaga hendaklah hilang kelayakan daripada memegang jawatan sebagai anggota itu jika anggota itu terhenti daripada menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Pemecatan daripada jawatan
Majlis boleh, pada bila-bila masa, memecat daripada jawatan mana-mana anggota Lembaga dan melantik seseorang lain menggantikan tempatnya.
Tanpa menjejaskan kuasa pemecatan di bawah subseksyen (1),
Majlis boleh memecat daripada jawatan mana-mana anggota
Lembaga yang pada pendapat Majlis tidak berupaya melaksanakan kewajipannya dengan sepatutnya sebagai seorang anggota Lembaga oleh sebab keuzurannya.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 284
Kuasa Majlis untuk memberikan arahan
Majlis boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepada Lembaga selaras dengan Akta ini mengenai dasar yang hendaklah diikuti dalam menjalankan kuasa yang diberikan dan kewajipan yang dipertanggungkan ke atas Lembaga oleh atau di bawah Akta ini dan Lembaga hendaklah melaksanakan semua arahan itu.
Kos menguruskan Kumpulan Wang dan matlamat Kumpulan
Wang
Semua perbelanjaan yang bersampingan dengan pengurusan
Kumpulan Wang hendaklah dibayar daripada wang Kumpulan
Wang sebagai keutamaan daripada apa-apa pembayaran lain.
Baki Kumpulan Wang selepas dibayar perbelanjaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk pada peruntukan
Akta ini, digunakan bagi maksud mengurniakan apa-apa bilangan dermasiswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan pengajian lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dari semasa ke semasa, untuk dikurniakan kepada mana-mana orang untuk membolehkan orang itu mengikuti apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Syarat kurniaan pengajian
Sebelum membuat apa-apa kurniaan pengajian di bawah Akta ini, Lembaga bolehlah mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Terma kurniaan pengajian
Tiap-tiap penerima dermasiswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan pengajian lain yang dikurniakan di bawah Akta ini hendaklah menjadi, dan sepanjang tempoh pemegangan itu terus berterusan, pelajar di tempat pengajian yang diluluskan oleh Lembaga dan hendaklah mengikuti pengajiannya di situ dengan memuaskan hati Lembaga.
Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan
Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 9
Jika mana-mana penerima apa-apa kurniaan pengajian yang dibuat di bawah Akta ini melakukan suatu kemungkiran bagi apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Lembaga atau dengan apa jua cara berkelakuan tidak baik, dia boleh sesudah itu dilucutkan daripada kurniaan itu.
Kuat kuasa Akta ini
Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan peruntukan dermasiswa, biasiswa, pemberian pengajian, pinjaman pengajian atau apa-apa kurniaan pengajian lain yang berkuat kuasa di mana-mana bahagian Persekutuan.
Jika pada bila-bila masa Lembaga berpendapat bahawa disebabkan sesuatu hal keadaan, apa-apa kurniaan pengajian di bawah Akta ini tidak patut diberikan atau jika terdapat dalam mana-mana tahun tiada seorang pun calon yang pada pendapat
Lembaga layak menerima apa-apa kurniaan pengajian di bawah
Akta ini, maka tiada kurniaan pengajian sedemikian akan dibuat pada tahun itu dan wang yang sepatutnya diuntukkan bagi kurniaan pengajian itu akan diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini dalam Akta ini.
Kurniaan pengajian terhenti dalam hal tertentu
Lembaga boleh berhenti daripada memperuntukkan, menyenggara atau membantu mana-mana penerima kurniaan pengajian di bawah
Akta ini yang melanggar atau gagal mematuhi terma atau syarat yang dikenakan oleh Lembaga mengikut Akta ini atau jika Lembaga berpendapat bahawa tidak lagi menguntungkan atau berpatutan untuk diteruskan pengajian penerima itu selanjutnya disebabkan oleh kemajuan pengajiannya yang tidak memuaskan, salah laku atau keuzuran:
Dengan syarat bahawa dalam mana-mana hal penghentian mana-mana kurniaan pengajian, Lembaga hendaklah membayar semua perbelanjaan yang perlu untuk membawa pulang penerima itu dan orang tanggungannya, jika ada, ke Persekutuan jika mereka telah meninggalkan Malaysia atas arahan atau dengan kelulusan
Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 284
Peguam Persekutuan diberikan kuasa untuk hadir bagi pihak
Lembaga
Mana-mana Peguam Persekutuan, atau mana-mana peguam bela atau peguam cara yang diperkenankan oleh Majlis, boleh hadir bagi pihak Lembaga dan berhujah serta melakukan apa-apa perkara lain yang perlu berkenaan dengan apa-apa litigasi dalam mana-mana mahkamah di Malaysia berkenaan dengan apa-apa kemungkiran syarat apa-apa kurniaan pengajian yang dibuat oleh
Lembaga di bawah Akta ini.
Kuasa pelaburan Lembaga
Wang Kumpulan Wang boleh dilaburkan oleh Lembaga dalam pelaburan yang pada masa itu dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan kumpulan wang amanah:
Dengan syarat bahawa Lembaga tidak boleh membuat apa-apa pelaburan dalam sekuriti yang dikeluarkan atau didaftarkan atau dalam harta lain yang berada di luar Persekutuan kecuali diperkenankan secara bertulis oleh Majlis.
Audit dan akaun
Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan
Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.
Meterai Lembaga
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah disimpan dalam jagaan Setiausaha dan tidak boleh dicapkan ke atas mana-mana surat cara kecuali di hadapan Pengerusi, Setiausaha atau mana-mana anggota lain Lembaga yang dibenarkan oleh Pengerusi.
Mana-mana surat cara yang mengandungi meterai Lembaga yang telah dicapkan dengannya dan telah diakusaksikan hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Lembaga.
Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan
Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 11
Pelantikan pegawai dan pekhidmat
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana pegawai dan pekhidmat Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menjalankan fungsi Lembaga.
Pewakilan oleh Lembaga
Lembaga boleh, melalui surat cara secara bertulis di bawah meterai perbadanan Lembaga, mewakilkan kepada mana-mana orang atau badan apa-apa kewajipannya sebagaimana yang perlu untuk dilaksanakan di dalam atau di luar Persekutuan:
Dengan syarat bahawa mana-mana orang atau badan sedemikian tidak mempunyai kawalan ke atas Kumpulan Wang dan hendaklah bertindak dalam semua hal mengikut arahan Lembaga.
Tanggungan terhadap kerugian dalam pelaburan
Tiada seorang pun anggota Lembaga hendaklah bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripada atau yang bergantung pada apa-apa pelaburan yang dibuat melainkan jika kerugian itu telah disebabkan oleh kecuaian sengaja, fraud atau kecurangannya; dan tiada seorang pun anggota Lembaga, ejen atau orang yang bertindak di bawah kuasa Lembaga hendaklah bertanggungan sendiri terhadap apa-apa tindakan atau prosiding bagi atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati dan dalam menjalankan dengan sepatutnya mana-mana hak atau kuasa Lembaga atau anggotanya.
Kaedah-kaedah
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan diperkenankan oleh Majlis, membuat kaedah-kaedah untuk menjalankan dengan sepatutnya mana-mana peruntukan Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 284
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut di atas, kaedah-kaedah itu boleh—
menetapkan kurniaan pengajian, syarat yang hendaklah dipatuhi dan kelayakan yang hendaklah dimiliki oleh calon;
mengadakan peruntukan bagi pembayaran gaji dan elaun dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Lembaga;
mengadakan peruntukan bagi penubuhan dan pengurusan skim persaraan atau skim kumpulan wang simpanan bagi pegawai dan pekhidmatnya.
Pengerusi hendaklah melaporkan kepada Majlis jika wang, dsb., Kumpulan Wang tidak mencukupi
Jika pada bila-bila masa, wang atau aset lain Kumpulan Wang adalah pada pendapat Lembaga tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaan Kumpulan Wang dan pembayaran lain, Pengerusi
Lembaga hendaklah dengan serta-merta membuat suatu laporan mengenai hakikat itu kepada Majlis.
Pemindahan wang yang ada di dalam tangan penganjur ke dalam Kumpulan Wang
Pada permulaan kuat kuasa Akta ini, semua wang dan aset lain yang berada dalam jagaan, kawalan atau pengurusan mana-mana orang menurut apa-apa kuasa jua pun dan didermakan kepada
Kumpulan Wang atau diterima oleh orang itu pada menjangkakan pemasyhuran Akta ini, bersama-sama dengan apa-apa bunga atau dividen yang terakru ke atasnya, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang dan hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga.
Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan
Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri 13
Akta 284
PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN
YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
−TIADA−
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 284
Akta 284
PENGAJIAN TINGGI RAJA-RAJA DAN
YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
−TIADA−
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.