Seksyen 30
Penggulungan kumpulan wang skim pencen
of Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977
Kumpulan wang sesuatu skim pencen sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan hendaklah digulung pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan melalui pemberitahu dalam
Warta bagi tiap-tiap hal tertentu, dan setelah digulung kumpulan wang itu, semua aset hendaklah dipindahkan, dan semua tanggungan dipertanggungkan, kepada Kumpulan Wang Disatukan.
(2)
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, setelah digulung kumpulan wang sesuatu skim pencen sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan, pihak berkuasa pencen hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas pihak berkuasa yang berkenaan bagi skim pencen itu.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyusutkan amaun pencen, ganjaran atau faedah lain yang seseorang pekerja layak mendapatnya jika tidak kerana Akta ini.
Penggulungan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah