Seksyen 11
of Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977
ActIn forceProvision 3 of 25
Seksyen 11
(1)
Tiada pekerja mempunyai apa-apa hak untuk mendapat pampasan bagi perkhidmatan yang lepas atau mendapat apa-apa pencen, ganjaran atau award lain di bawah Bahagian ini.
(2)
Jika sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan telah membuktikan dengan memuaskan hati Menteri bahawa seseorang pekerja bersalah atas kecuaian, salah aturan atau salah laku, adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri untuk mengurangkan atau menahan pencen, ganjaran atau award lain yang pekerja itu sepatutnya layak mendapat jika tidak kerana seksyen ini.
Pencen, dsb., yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang