Seksyen 3
of Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963
Seksyen 3
(1)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis Menteri—
(a)
menggunakan apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata, atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, bagi maksud apa-apa perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion;
(b)
menggunakan bagi maksud, atau mempamerkan sebagai suatu iklan bagi, apa-apa perniagaan, perdagangan, pekerjaan atau profesion, atau menjual, apa-apa fotograf, lukisan atau lain-lain pernyataan bergambar
Yang di-Pertuan
Agong atau
Raja
Permaisuri Agong;
(c)
menggunakan atau terus menggunakan apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata, atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, dalam tajuk bagi apa-apa paten, atau dalam apa-apa cap dagangan atau reka bentuk;
atau
(d)
membuat bagi maksud jualan atau menjual atau ada dalam milikannya untuk dijual, apa-apa lambang ternyata.
Lambang dan Nama
7
(Mencegah PenggunaanTak Wajar)
(2)
Perenggan (1)(b) yang berhubungan dengan penggunaan apa-apa fotograf, lukisan atau pernyataan bergambar lain yang disebut terdahulu tidaklah terpakai bagi penyiaran berita (sama ada dalam suatu akhbar atau melalui apa-apa medium lain) atau bagi penyiaran apa-apa makalah dalam akhbar.
(3)
Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut terhadap mana-mana kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Larangan mendaftar syarikat tertentu, dsb.