Skip to content

Seksyen 3

Dilarang mempamer lambang kebangsaan di tempat awam atau di sekolah

of Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949

ActIn forceProvision 3 of 8
Seksyen 3
(1)

Tiada seorang pun boleh mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan di tempat awam atau pada atau di dalam mana-mana sekolah.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, suatu lambang disifatkan dipamerkan di tempat awam, sekiranya lambang itu dipamerkan di mana-mana jalan, lebuh, jambatan, laluan, lorong jalan kaki atau tempat yang ke atasnya orang awam atau mana-mana golongan orang awam mempunyai hak laluan atau yang baginya mereka ada akses, sama ada melalui pembayaran atau selainnya, atau jika lambang itu dipamerkan mengikut apa-apa cara yang boleh dilihat dari mana-mana jalan, lebuh, jambatan, laluan, lorong jalan kaki atau tempat sedemikian oleh mana-mana orang awam yang menggunakannya atau yang berada di atasnya.

Kecualian