Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

National Emblems (Control of Display) Act 1949

Feedback & supportControls the display of national emblems

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lambang Kebangsaan

(Kawalan Mempamer) 1949.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“lambang kebangsaan” ertinya apa-apa bendera, sepanduk atau lambang lain yang menjadi atau yang berupa sebagai bendera, sepanduk atau lambang lain bagi mana-mana Negeri, atau bendera, sepanduk atau lambang lain bagi mana-mana pertubuhan politik yang mendakwa menjadi suatu pergerakan kebangsaan dalam mana-mana Negeri atau apa-apa kesamaan atau keserupaan tidak kira bagaimana sekalipun dihasilkan semula tentang mana-mana pemimpin negara atau bekas pemimpin negara bagi mana-mana Negeri atau pemimpin atau bekas pemimpin mana-mana pertubuhan politik itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi mengawal lambang kebangsaan;

“Negeri” ertinya mana-mana Negeri atau negara, selain Malaysia dan mana-mana Negeri yang termasuk dalam Malaysia dan termasuklah mana-mana tanah naungan, tanda milik atau bahagian mana-mana Negeri;

Undang-Undang Malaysia 6

“premis” ertinya mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau tempat apa jua pun;

“sekolah” ertinya mana-mana premis atau mana-mana bahagian mana-mana premis tempat orang pada kebiasaannya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

(1)

Tiada seorang pun boleh mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan di tempat awam atau pada atau di dalam mana-mana sekolah.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, suatu lambang disifatkan dipamerkan di tempat awam, sekiranya lambang itu dipamerkan di mana-mana jalan, lebuh, jambatan, laluan, lorong jalan kaki atau tempat yang ke atasnya orang awam atau mana-mana golongan orang awam mempunyai hak laluan atau yang baginya mereka ada akses, sama ada melalui pembayaran atau selainnya, atau jika lambang itu dipamerkan mengikut apa-apa cara yang boleh dilihat dari mana-mana jalan, lebuh, jambatan, laluan, lorong jalan kaki atau tempat sedemikian oleh mana-mana orang awam yang menggunakannya atau yang berada di atasnya.

s 4Kecualian

Tiada apa-apa jua dalam seksyen 3 boleh terpakai bagi—

(a)

pempameran mana-mana lambang kebangsaan Negeri, yang dia merupakan seorang rakyat, oleh mana-mana orang yang berikut:

(i)

mana-mana orang yang ditauliahkan dengan sewajarnya sebagai wakil diplomatik sesuatu kuasa asing atau sebagai wakil konsular sesuatu kuasa asing ke Malaysia yang kepadanya eksekuatur atau pemberikuasaan sementara atau pemberikuasaan lain telah diberikan oleh Kerajaan;

(ii)

mana-mana orang dalam perkhidmatan Kerajaan

Komanwel atau Kerajaan mana-mana tanah naungan atau tanah milik British atau Republik Ireland dan diiktiraf secara rasmi sebagai mewakili Kerajaan itu di Malaysia; atau

Lambang Kebangsaan (Kawalan

Mempamer)

(iii)

mana-mana orang yang ke atasnya kekebalan dan keistimewaan yang disebut dalam Bahagian II atau

Bahagian III

Bahagian III Jadual kepada Ordinan Keistimewaan