National Emblems (Control of Display) Act 1949 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Bahagian III Jadual kepada Ordinan Keistimewaan
8. Kesalahan dan penalti
Feedback & supportMana-mana orang yang—
mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana syarat mana-mana perintah atau permit yang dibuat atau diberikan di bawah seksyen 5; atau
selaku pemunya, penyewa, penerima pajak, penduduk atau orang yang menjaga mana-mana premis dengan disedarinya membenarkan mana-mana lambang kebangsaan dipamerkan di atas atau dari premis itu atau dalam mana-mana sekolah yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana syarat mana-mana perintah atau permit yang dibuat atau diberikan di bawah seksyen 5, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—
dalam hal seseorang selain pertubuhan perbadanan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau kedua-duanya;
dalam hal pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
Tiada pendakwaan boleh dimulakan di bawah Akta ini tanpa keizinan secara bertulis Pendakwa Raya terlebih dahulu.
Lambang Kebangsaan (Kawalan
Mempamer)
9
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
P.U. 332/1958
Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958
(Pengubahsuaian Undang-Undang)
(Ordinan dan Perisytiharan) 1958
P.U. 185/1965
Perintah Pengubahsuaian Undang-
13-05-1965
Undang (Lambang Kebangsaan)
(Peluasan) 1965
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)
29-08-1975 1975
Undang-Undang Malaysia 10
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
L.N. 332/1958 13-11-1958 5
L.N. 332/1958 13-11-1958