Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2024Read it in English

Bahagian III · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

11. Pindaan seksyen 13

Feedback & support

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, yang disebut

“Akta ibu” dalam Bahagian ini, dipinda dalam seksyen 13—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Jika seseorang membuat suatu penyata di bawah

Akta ini, penyata itu hendaklah dikemukakan kepada

Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan melalui media elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 57a.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:

“(6a)  Pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (6)

hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui media elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 57a.”; dan

Undang-Undang Malaysia 12

(c)

dengan menggantikan subseksyen (7) dengan subseksyen yang berikut:

“(7)  Bagi maksud seksyen 21b, seseorang yang melupuskan suatu aset yang boleh dikenakan cukai hendaklah menyerahkan pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (6) kepada pemeroleh dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelupusan dan pemberitahuan itu hendaklah disifatkan telah diserahkan kepada pemeroleh pada hari yang pemberitahuan itu dikemukakan kepada Ketua Pengarah mengikut subseksyen (6a).”.

Report

Bahagian IV

Pindaan Kepada Akta Setem 1949

Bahagian V

Pindaan Kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967

Bahagian VI

Pindaan Kepada Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998

Bahagian VII

Pindaan Kepada Akta Cukai Jualan 2018

Bahagian VIII

Pindaan Kepada Akta Cukai Perkhidmatan 2018