Akta Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 · Updated to 31 Dec 2024 · Bahagian III · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
17. Pindaan seksyen 36
Feedback & supportSeksyen 36 Akta ibu dipinda—
dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan
Undang-Undang Malaysia 14
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu subseksyen yang berikut:
“(2) Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membuat suatu perintah lanjutan menghendaki orang itu untuk mematuhi peruntukan Akta ini yang berkaitan yang di bawahnya kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari, atau suatu tempoh lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, dari tarikh perintah itu dibuat.”.