Amendment Act · As enacted
Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2015
Feedback & supportAmends the Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Hasil Dalam
Negeri Malaysia (Pindaan) 2015.
s 2Pindaan seksyen 6
Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 6(1)—
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(ca) ketua pegawai eksekutif;”; dan
dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan
“dua” dengan perkataan “tiga”.
Undang-Undang Malaysia 4
s 3Penggantian seksyen 24
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:
Ketua pegawai eksekutif hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermulanya setiap tahun kewangan, dalam mesyuarat Lembaga, membentangkan di hadapan
Lembaga suatu anggaran perbelanjaan Lembaga (termasuk perbelanjaan modal) bagi tahun yang berikutnya dengan apa-apa butir dan mengikut bentuk yang ditentukan oleh
Lembaga.
Suatu salinan anggaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dihantar kepada setiap anggota
Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum anggaran itu dibentangkan.”.
s 4Seksyen baru 28a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28
seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk menubuhkan syarikat 28a. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan dan bertanggungjawab bagi atau terlibat dalam apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.”.