Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

3. Penggantian seksyen 24

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:

s 24“Anggaran tahunan

(1)

Ketua pegawai eksekutif hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermulanya setiap tahun kewangan, dalam mesyuarat Lembaga, membentangkan di hadapan

Lembaga suatu anggaran perbelanjaan Lembaga (termasuk perbelanjaan modal) bagi tahun yang berikutnya dengan apa-apa butir dan mengikut bentuk yang ditentukan oleh

Lembaga.

(2)

Suatu salinan anggaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dihantar kepada setiap anggota

Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum anggaran itu dibentangkan.”.

Report