Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023

Feedback & supportAmends the Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Hasil Dalam

Negeri Malaysia (Pindaan) 2023.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 6

Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan

“dan” di hujung perenggan itu; dan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

MALAYSIA (PINDAAN) 2023

Undang-Undang Malaysia

Akta A1698 4

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (d)

perenggan yang berikut:

“(da) seseorang yang mewakili Negeri Sabah yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Ketua Menteri

Sabah;

(db)

seseorang yang mewakili Negeri Sarawak yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Premier

Sarawak; dan”; dan

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “perenggan (1)(e)”

dengan perkataan “perenggan (1)(da), (db) dan (e)”;

dan

(ii)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “berkedudukan atau berpengalaman” dengan perkataan “berkedudukan dan berpengalaman”.

s 3Pindaan seksyen 7

Seksyen 7 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“perenggan 6(1)(d)” dengan perkataan “perenggan 6(1)(d),

(da)

, (db)”.

s 4Pindaan seksyen 9

Seksyen 9 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Menteri boleh, pada bila-bila masa, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya, membatalkan pelantikan—

(a)

mana-mana anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(d) atau (e);

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan)

(b)

seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(da) selepas berunding dengan

Ketua Menteri Sabah dengan syarat orang lain hendaklah dilantik dengan serta-merta sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6(1)(da) sebagai pengganti anggota yang telah dibatalkan pelantikannya itu; atau

(c)

seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(db) selepas berunding dengan

Premier Sarawak dengan syarat orang lain hendaklah dilantik dengan serta-merta sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6(1)(db) sebagai pengganti anggota yang telah dibatalkan pelantikannya itu.”;

dan

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“perenggan 6(1)(d)” dengan perkataan “perenggan 6(1)(d),

(da)

, (db)”.

s 5Pindaan seksyen 28

Perenggan 28(a) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subperenggan (ii), dengan memotong perkataan

“atau” di hujung subperenggan itu; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subperenggan (iii)

subperenggan yang berikut:

“(iv) bank Islam yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

[Akta 759];

(v)

mana-mana institusi kewangan lain yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013;

(vi)

institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia dengan sewajarnya di bawah Akta Institusi

Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; atau

(vii)

koperasi yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502];”.