Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

4. Pindaan seksyen 9

Feedback & support

Seksyen 9 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Menteri boleh, pada bila-bila masa, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya, membatalkan pelantikan—

(a)

mana-mana anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(d) atau (e);

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan)

(b)

seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(da) selepas berunding dengan

Ketua Menteri Sabah dengan syarat orang lain hendaklah dilantik dengan serta-merta sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6(1)(da) sebagai pengganti anggota yang telah dibatalkan pelantikannya itu; atau

(c)

seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(db) selepas berunding dengan

Premier Sarawak dengan syarat orang lain hendaklah dilantik dengan serta-merta sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6(1)(db) sebagai pengganti anggota yang telah dibatalkan pelantikannya itu.”;

dan

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“perenggan 6(1)(d)” dengan perkataan “perenggan 6(1)(d),

(da)

, (db)”.

Report