Seksyen 8
Penerusan prosiding sivil
of Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983
Apa-apa prosiding sivil atau kausa tindakan yang menunggu keputusan atau sedia ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sama seperti yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang sedemikian itu seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.
(2)
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini terhadap keputusan yang diberi sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini dalam mana-mana prosiding undang-undang yang mana
Lembaga menjadi satu pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap
Kerajaan.
Penerusan undang-undang, dsb.