Seksyen 5
Pemindahan harta
of Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983
ActIn forceProvision 5 of 9
Seksyen 5
(1)
Semua tanah yang sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada permulaan kuat kuasa
Akta ini, diletakhakkan pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan.
(2)
Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, di letakhak pada Kerajaan.
Pemindahan kumpulan wang