Seksyen 14
Penggantian seksyen 27
of Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 27 dengan seksyen yang berikut:
“Obligasi kerahsiaan
Quoted provision
Seksyen 27
Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Lembaga—
(a)
tiada anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai atau pekhidmat atau ejen Lembaga atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya; dan
(b)
tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal
Lembaga boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan)
(Pindaan)
13
Seksyen baharu 33, 34 dan 35