Seksyen 15
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 32
of Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024
seksyen yang berikut:
“Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
Quoted provision
Seksyen 33
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah terhadap Lembaga atau mana-mana anggota Lembaga, anggota jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Quoted provision
Seksyen 34
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau mana-mana anggota
Lembaga, anggota jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat
Lembaga, atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.
Kuasa untuk meminda Jadual
Quoted provision
Seksyen 35
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.”.