Skip to content

Seksyen 24

of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983

ActRepealedProvision 24 of 90

Seksyen 24

(1)

Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagai pegawai atau pengkhidmat Lembaga jika dia mempunyai, secara langsung atau secara tak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak dengan, untuk atau bagi pihak, Lembaga.

(2)

Mana-mana pegawai atau pengkhidmat Lembaga yang mempunyai atau memperolehi apa-apa syer atau kepentingan sedemikian itu boleh menurut budi bicara Lembaga kena dipecat terus tanpa notis.

(3)

Tiada seorang pun pegawai atau pengkhidmat boleh disifatkan sebagai mempunyai atau memperolehi apa-apa syer atau kepentingan sedemikian semata-mata oleh sebab bahawa—

(a)

dia adalah atau menjadi anggota suatu syarikat yang diperbadankan yang memiliki tanah yang terletak di Sabah atau mempunyai kontrak dengan Lembaga atau menjalankan kerja untuk Lembaga; atau

(b)

dia mempunyai atau memperolehi suatu syer dalam apa-apa pinjaman yang dikeluarkan oleh Lembaga atau dalam apa-apa sekuriti bagi pinjaman itu.