Skip to content

Seksyen 3

of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983

ActRepealedProvision 3 of 90

Seksyen 3

(1)

Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan bernama "Lembaga Letrik Sabah" atau dalam Bahasa Inggerisnya "Sabah Electricity Board" yang adalah satu pertubuhan perbadanan yang kekal turuntemurun yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan mempunyai kuasa untuk membeli atau dengan cara lain memperolehi, memegang, dan menukar atau memberimilik atau dengan cara lain menguruskan dengan apa-apa jua cara yang sah di sisi undang-undang, apa-apa harta alih dan harta tak alih, dan untuk membuat kontrak dan amnya untuk melakukan apa-apa jua tindakan dan perkara yang suatu pertubuhan perbadanan boleh melakukan di sisi undang-undang dan yang perlu bagi, atau bersampingan dengan, perlaksanaan matlamat-matlamatnya dan penjalanan kuasa-kuasanya sebagaimana dinyatakan dalam Akta ini.

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai suatu meteri yang hendaklah mengandungi apa-apa rekabentuk yang diluluskan oleh Lembaga dan meteri itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh Lembaga, sebagaimana difikirkan patut oleh Lembaga.

(3)

Sehingga suatu meteri am diperuntukkan di bawah subseksyen (2), suatu cap yang mengandungi teraan "Lembaga Letrik Sabah" boleh digunakan sebagai meteri am Lembaga.