Seksyen 70
of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983
Seksyen 70
Tiap-tiap pegawai atau pengkhidmat, yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini, telah diambil kerja sebagai pegawai atau pengkhidmat pertubuhan perbadanan hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, disifatkan ditukarkan dari perkhidmatan pertubuhan perbadanan kepada perkhidmatan Lembaga, mengikut terma dan syarat perkhidmatan, perkuisit dan emolumen tidak kurang baiknya daripada yang dinikmatinya sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menjejaskan hak Lembaga untuk menamatkan pekerjaan mana-mana pegawai atau pengkhidmat yang ditukarkan ke perkhidmatan Lembaga, atau untuk mengubah kadar bayaran atau syarat-syarat perkhidmatannya, mengikut cara dan setakat mana yang pertubuhan perbadanan dapat lakukan sekiranya dia terus berkhidmat dengan pertubuhan perbadanan itu.