Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan
Masyarakat dan Kebajikan (Pembubaran) 1991.
Tafsiran
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan (Pembubaran) 1991 is Malaysia Act, cited as Act 470 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA
YANG KEMAS KINI
Akta 470
AKTA LEMBAGA LOTERI
PERKHIDMATAN MASYARAKAT
DAN KEBAJIKAN (PEMBUBARAN)
1991
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
2
Tarikh Perkenan Diraja …
… … 2 September 1991
Tarikh penyiaran dalam Warta … ... 12 September 1991
3
Akta 470
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan
Masyarakat dan Kebajikan (Pembubaran) 1991.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain ―
“Lembaga” ertinya Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan
Kebajikan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Loteri
Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962 [Akta 252];
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 470
“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan 1957 [Akta 349];
“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1.
Pemansuhan dan Pembubaran
Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962 adalah dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawahnya adalah dibubarkan.
Pemindahan kuasa, hak dsb.
Segala kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti dan kewajipan yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan adalah kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti dan kewajipan Lembaga hendaklah, dari tarikh itu, diturunkan kepada Kerajaan.
Pemindahan harta
(1)
Semua tanah yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan adalah terletakhak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh ditetapkan, terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan.
Semua harta dan aset selain tanah yang sebelum tarikh ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada
Kerajaan.
Pemindahan wang
Semua wang yang berada pada, atau kena dibayar kepada,
Lembaga hendaklah, pada tarikh ditetapkan, dipindahkan kepada, dan diletak hak pada Kerajaan.
Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan 7
Kebajikan (Pembubaran)
Kontrak sedia ada
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan di bawah seksyen 5 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesannya seolah-olah Kerajaan, dan bukannya Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
(1)
Pemansuhan
Akta
Lembaga
Loteri
Perkhidmatan
Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962 tidak menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah di bawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.
Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah), atau kausa tindakan yang belum selesai atau sedang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sepertimana yang ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah
Akta ini telah tidak diluluskan.
Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberi sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang di dalamnya
Lembaga adalah suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap
Kerajaan sepertimana yang ia boleh dibawa oleh atau terhadap
Lembaga seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.
Penerusan undang-undang, dsb.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, semua undang-undang bertulis, perintah, kaedah dan peraturan yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 470
ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan:
Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan di dalamnya mengenai
Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan yang bermaksud sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Menghalang kesukaran atau anomali
(1)
Sekiranya apa-apa kesukaran atau anomali timbul berkaitan dengan pelaksanaan peruntukan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian di dalamnya sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghapus atau menghalang kesukaran atau anomali itu:
Dengan syarat bahawa Menteri tidak boleh menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen ini selepas tamat tempoh tiga tahun dari tarikh ditetapkan.
Dalam seksyen ini “ubah suaian” termasuk pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.
________________________________
9
Akta 470
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
TIADA
10
Akta 470
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
TIADA
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.