Skip to content

Seksyen 8

Penerusan prosiding jenayah dan sivil

of Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan (Pembubaran) 1991

ActIn forceProvision 8 of 10
Seksyen 8

(1)

Pemansuhan

Akta

Lembaga

Loteri

Perkhidmatan

Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962 tidak menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah di bawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.

(2)

Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah), atau kausa tindakan yang belum selesai atau sedang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sepertimana yang ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah

Akta ini telah tidak diluluskan.

(3)

Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberi sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang di dalamnya

Lembaga adalah suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap

Kerajaan sepertimana yang ia boleh dibawa oleh atau terhadap

Lembaga seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.

Penerusan undang-undang, dsb.