Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Perletakhakan Harta, Dsb, Pada Syarikat Pengganti

4. Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

(1)

Berbangkit daripada perletakhakan pada syarikat pengganti akan harta, hak dan liabiliti di bawah seksyen 3, syarikat pengganti itu hendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti syarikat sebagaimana

Menteri Kewangan boleh arahkan, selepas berunding dengan

Menteri, dari semasa ke semasa, kepada Perbadanan.

(2)

Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma, tentang pengumpukan, sebagaimana Menteri

Kewangan boleh arahkan selepas berunding dengan Menteri.

(3)

Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini—

(a)

hendaklah daripada apa-apa nilai nominal sebagaimana

Menteri Kewangan arahkan; dan

(b)

hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayarkan melalui pembayaran nilai nominal kepada syarikat pengganti.

(4)

Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak pada sekuriti yang diumpukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 523

(5)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Report

Bahagian III

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Kakitangan