Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian III · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Kakitangan

5. Kakitangan

(1)

Syarikat pengganti hendaklah menerima ke dalam penggajiannya, pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu adalah anggota kakitangan Lembaga dan yang telah diberi suatu pilihan oleh Lembaga dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat itu.

(2)

Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah diambil kerja oleh syarikat itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang dia berhak kepadanya sebaik sebelum tarikh ditetapkan.

11

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

12

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

Report