Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2006
Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002
Feedback & supportLets the central bank join an Islamic financial services boardOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Islam 2002.
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh *Perjanjian disempurnakan iaitu tarikh bilamana sekurang-kurangnya lima anggota penuh Lembaga telah menandatangani Perjanjian dengan sewajarnya.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Anggota” termasuklah anggota penuh dan apa-apa kategori lain bagi anggota sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian;
*CATATAN—Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Gabenor Bahrain Monetary Agency, Gabenor
Bank Indonesia, Gabenor Bank Markazi Jomhouri Islami Iran, Gabenor Bank Negara Kuwait,
Gabenor Bank Negara Malaysia, Gabenor State Bank of Pakistan, Gabenor Saudi Arabian Monetary
Agency, Timbalan Gabenor Bank Sudan dan Presiden Islamic Development Bank.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 623 6
“anggota Jawatankuasa Teknikal” ertinya seseorang yang dilantik oleh sesuatu Anggota untuk mewakilinya dalam Jawatankuasa
Teknikal;
“anggota Majlis” ertinya seseorang yang dilantik oleh sesuatu
Anggota untuk mewakilinya dalam Majlis;
“anggota penuh” ertinya—
pihak berkuasa pengawal selia perbankan atau kewangan yang utama bagi sesuatu negara;
suatu organisasi antarabangsa antara kerajaaan yang bertanggungjawab untuk memajukan kewangan atau pasaran Islam; atau
mana-mana orang lain, yang diterima sebagai anggota penuh oleh Majlis;
“anggota Sekretariat” ertinya mana-mana pegawai atau kakitangan
Lembaga;
“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan melalui
Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];
“Jawatankuasa Teknikal” ertinya Jawatankuasa Teknikal Lembaga;
“kepentingan negara” ertinya apa-apa perkara yang bermanfaat atau amat penting bagi Malaysia termasuk kepentingan keselamatan, ekonomi, sosial dan politik;
“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam yang ditubuhkan melalui Perjanjian;
“Majlis” ertinya Majlis Lembaga;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“organ-organ konstituen” ertinya Perhimpunan Agung, Majlis,
Jawatankuasa Teknikal dan Sekretariat;
“Perhimpunan Agung” ertinya Perhimpunan Agung Lembaga;
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 7
“Perjanjian” ertinya perjanjian bagi penubuhan Lembaga yang
Bank diberi kuasa di bawah seksyen 6 Akta ini untuk menandatangani dan menyetujui terimanya untuk menjadi anggota penuh Lembaga dan termasuk apa-apa pindaan, tambahan, ubah suaian atau perubahan yang dibuat dari semasa ke semasa;
“Sekretariat” ertinya Sekretariat Lembaga;
“Setiausaha Agung” ertinya Setiausaha Agung Lembaga dan termasuklah mana-mana orang yang dilantik oleh Majlis untuk bertindak bagi pihaknya semasa ketiadaannya, dan mana-mana orang yang dilantik oleh Majlis untuk bertindak sebagai Setiausaha
Agung semasa tempoh kekosongan jawatan Setiausaha Agung.
Lembaga hendaklah mempunyai keperibadian juridikal dan keupayaan undang-undang yang perlu bagi menjalankan kuasa-kuasanya dan melaksanakan fungsi-fungsinya menurut Perjanjian.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah mempunyai keupayaan untuk—
membuat kontrak;
memperoleh, memegang dan melupuskan harta alih dan harta tak alih; dan
memulakan prosiding undang-undang.
Lembaga boleh mengadakan meterai perbadanan dan boleh menggunakannya bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen
atau bagi apa-apa perkara lain yang dipersetujui oleh Majlis.
s 4Sekretariat Lembaga
Sekretariat Lembaga hendaklah terletak di Kuala Lumpur.
s 5Organ-organ konstituen Lembaga
Lembaga adalah terdiri daripada Perhimpunan Agung, Majlis,
Sekretariat dan Jawatankuasa Teknikal yang mempunyai kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan fungsi-fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 623 8
Bank adalah diberi kuasa untuk menandatangani dan menyetujui terima Perjanjian dan menjadi anggota penuh Lembaga dan untuk menjalankan hak atau melaksanakan tugas-tugas atau fungsi-fungsinya berhubung dengan keanggotaannya.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Bank boleh—
membayar apa-apa fi keanggotaan kepada Lembaga sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa di bawah Perjanjian;
memberikan, menyumbangkan, meminjamkan atau mendahulukan apa-apa jumlah wang atau membuat apa-apa pembayaran lain yang diperlukan bagi penubuhan
Lembaga kepada Lembaga berasaskan prinsip Islam;
menyewakan kepada Lembaga atau memberikan kebenaran yang sah di sisi undang-undang kepada Lembaga untuk menghuni dan menggunakan harta tak alih Bank bagi maksud-maksud Lembaga atau bagi mengadakan rumah kediaman bagi Setiausaha Agung atau anggota-anggota lain Sekretariat dengan atau tanpa membayar caj;
menerima apa-apa bayaran yang dibuat kepadanya oleh
Lembaga; dan
melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang diberikan kepadanya, atau kewajipan yang dikenakan ke atasnya, melalui atau di bawah Perjanjian.
Kuasa Bank di bawah Akta ini adalah sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa Bank di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519].
Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, sama ada dengan atau tanpa sekatan atau setakat atau tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang disenaraikan dalam Jadual kepada Lembaga, anggota-anggota organ-organ konstituennya atau mana-mana orang yang menghadiri apa-apa persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Lembaga.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 9
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan—
memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual kepada
Lembaga;
memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual kepada seseorang yang menjadi, atau tidak lagi menjadi, anggota Perhimpunan Agung atau Majlis, atau seseorang yang ditauliahkan kepada, atau yang sedang menghadiri, atau telah menghadiri, sesuatu persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Lembaga sebagai wakil sesuatu
Anggota;
memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian III Jadual kepada orang yang menjadi atau pernah menjadi, atau sedang melaksanakan atau telah melaksanakan tugas-tugas, seorang Setiausaha Agung atau mana-mana anggota
Sekretariat; dan
memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian IV Jadual kepada orang yang menjadi atau pernah menjadi, atau sedang melaksanakan atau telah melaksanakan tugas, seorang anggota Jawatankuasa Teknikal.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), peraturan-peraturan yang memberikan keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan hendaklah dibuat selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri kecuali peraturan-peraturan yang memberikan keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan mengenai perkara-perkara yang pada masa ini menjadi tanggungjawab Menteri.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang difikirkan sesuai olehnya bagi maksud seksyen ini, yang pemakaiannya bersifat umum atau yang berhubungan dengan—
anggota-anggota atau golongan-golongan Anggota yang tertentu;
anggota-anggota atau golongan-golongan anggota tertentu organ-organ konstituennya; atau
orang atau golongan-golongan orang yang tertentu.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 623 10
Jika, melalui peraturan-peraturan, apa-apa keistimewaan atau kekebalan diberikan kepada seseorang di bawah perenggan (2)(b), orang itu berhak untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan yang sama semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat bagi maksud mengemukakan tauliahnya atau menghadiri persidangan itu atau semasa dalam perjalanan pulang dari sesuatu tempat selepas dia tidak lagi ditauliahkan sedemikian atau selepas menghadiri persidangan itu.
Jika, melalui peraturan-peraturan, apa-apa keistimewaan atau kekebalan diberikan kepada seseorang di bawah perenggan (2)(d), orang itu berhak untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan yang sama semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat bagi maksud berkhidmat dalam jawatankuasa itu atau semasa
,dalam perjalanan pulang dari sesuatu tempat selepas berkhidmat dalam jawatankuasa itu.
Tertakluk kepada subseksyen (8), jika, melalui peraturan-peraturan atau melalui subseksyen (5), apa-apa keistimewaan atau kekebalan diberikan kepada seseorang yang menjadi, atau yang pernah menjadi, anggota Perhimpunan Agung atau Majlis, atau orang yang ditauliahkan kepada, atau yang sedang menghadiri, persidangan antarabangsa yang diadakan oleh Lembaga sebagai wakil sesuatu Anggota, maka seseorang yang menjadi, atau yang pernah dalam apa-apa tempoh menjadi, anggota kakitangan rasmi orang yang mula mula disebut itu berhak, berkenaan dengan tempoh itu, untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan yang sama dengan orang yang mula-mula disebut itu.
Seseorang yang menjadi atau yang pernah menjadi wakil sesuatu Anggota atau anggota kakitangan rasmi wakil sedemikian dalam tempoh semasa dia menjadi atau pernah menjadi seorang warganegara Malaysia tidaklah berhak di bawah seksyen ini atau di bawah peraturan-peraturan untuk mendapat apa-apa keistimewaan atau kekebalan, kecuali berkenaan dengan perbuatan-perbuatan dan perkara-perkara yang dilakukan atas sifatnya sebagai wakil atau anggota sedemikian mengikut mana-mana yang berkenaan.
s 8Tiada kekebalan dalam keadaan tertentu
Akta ini tidak memberi mana-mana orang yang dinyatakan dalam seksyen 7 apa-apa kekebalan—
berkenaan dengan sesuatu tindakan guaman oleh pihak ketiga untuk mendapatkan ganti rugi yang berbangkit
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 11
daripada suatu kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan motor atau alat pengangkutan yang lain yang dipunyai atau dipandu oleh orang itu;
berkenaan dengan sesuatu kesalahan trafik yang membabitkan orang itu dan dilakukan oleh orang itu; dan
berkenaan dengan perkara-perkara yang menjejaskan kepentingan negara Malaysia.
Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk menepikan kekebalan-kekebalan yang diberikan kepada mana-mana orang yang disebut dalam seksyen 7 jika kekebalan itu boleh menghalang proses keadilan dan jika kekebalan itu boleh ditepikan tanpa menjejaskan maksud yang baginya kekebalan itu diberikan.
Setiausaha Agung, dengan persetujuan Majlis, hendaklah mempunyai kuasa untuk menepikan kekebalan-kekebalan yang diberikan kepada Lembaga bagi maksud apa-apa transaksi komersial yang dibuat oleh Lembaga.
Setiausaha Agung hendaklah mempunyai kuasa untuk menepikan kekebalan-kekebalan yang diberikan kepada anggota-anggota Sekretariat (selain kekebalannya sendiri) menurut seksyen 7 jika dia berpendapat bahawa kekebalan-kekebalan itu menghalang pelaksanaan keadilan dan jika kekebalan-kekebalan itu boleh ditepikan tanpa menjejaskan kepentingan Lembaga.
s 10Kuasa untuk melantik wakil
Majlis boleh, melalui surat cara yang dimeterai dengan meterai perbadanan Lembaga, melantik mana-mana orang sama ada di Malaysia atau di suatu tempat di luar Malaysia sebagai wakil Lembaga, dan orang yang dilantik itu boleh, tertakluk kepada surat cara yang berkenaan, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa melalui surat cara itu untuk melakukan atau melaksanakannya.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 623 12