Skip to content

Seksyen 2

Penggantian seksyen 13

of Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2021

Amendment ActIn forceProvision 2 of 4
Seksyen 2

Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 [Akta 592], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan seksyen 13 dengan seksyen yang berikut:

“Peremitan levi dan penalti

Quoted provision

Seksyen 13

(1)

Menteri boleh, jika difikirkan patut olehnya, meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian levi yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1636

AKTA LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA

(PINDAAN) 2021

4

Undang-Undang Malaysia

Akta A1636

(2)

Ketua Pengarah boleh, jika difikirkan patut olehnya, meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian penalti di bawah seksyen 9.

(3)

Jika seseorang yang telah diberikan peremitan di bawah subseksyen (1) atau (2) telah membayar apa-apa levi atau penalti yang berhubungan dengan peremitan itu, tertakluk kepada subseksyen 14(3), dia berhak kepada suatu pembayaran balik amaun levi atau penalti yang telah dibayar yang telah diremitkan itu.”.