Skip to content

Seksyen 3

Penggantian seksyen 14

of Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2021

Amendment ActIn forceProvision 3 of 4
Seksyen 3

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 14 dengan seksyen yang berikut:

“Tuntutan bagi pembayaran balik levi dan penalti terlebih bayar atau dibayar secara silap, dsb.

Quoted provision

Seksyen 14

(1)

Mana-mana orang yang telah terlebih bayar atau membayar secara silap apa-apa levi atau penalti, atau berhak untuk mendapatkan bayaran balik levi atau penalti di bawah seksyen 13 boleh membuat tuntutan bagi pembayaran balik dalam borang yang ditetapkan.

(2)

Sesuatu tuntutan bagi pembayaran balik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari tarikh berlakunya pembayaran terlebih itu atau pembayaran yang silap itu atau berlakunya kelayakan pembayaran balik itu.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan dengan tidak patut memperkaya orang yang disebut dalam subseksyen (1).”.

Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan)

5

Seksyen baharu 14a