Seksyen 8
Seksyen 8
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen 7(1) atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan itu kepada Ketua Perangkawan
Jabatan Perangkaan Malaysia yang boleh dikehendaki dalam melaksanakan kewajipan rasminya.
Levi Pelepasan 13
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, membenarkan Ketua Pengarah untuk menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen 7(1) atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan itu kepada mana-mana orang lain.