Act of Parliament · Updated to 30 Dec 2023 · 12 parts
Akta Levi Pelepasan 2019
Feedback & supportA departure levy on people leaving the countryBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Levi Pelepasan 2019.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian yang berlainan atau peruntukan yang berlainan Akta ini.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 813
Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan levi pelepasan di bawah Akta ini.
Akta ini hendaklah terpakai kedua-duanya di dalam dan di luar
Malaysia.
Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, melepasi had geografi Malaysia dan wilayah perairannya, jika orang itu ialah seorang pengendali asing di bawah
Akta ini.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ditetapkan”
ertinya ditetapkan oleh
Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais, yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235];
“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950;
“levi pelepasan” ertinya suatu levi yang kena dibayar di bawah Akta ini;
Levi Pelepasan 9
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang” termasuklah seorang individu, suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan dan tiap-tiap orang juridikal lain;
“orang berdaftar” ertinya mana-mana pengendali atau ejen pengendali asing berdaftar di bawah seksyen 15;
“pegawai kastam” ertinya mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967 dan termasuklah mana-mana orang yang dilantik dan diambil kerja di bawah subseksyen 4(4);
“pegawai kanan kastam” ertinya mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;
“pengendali” ertinya mana-mana orang yang mengendalikan apa-apa kenderaan untuk membawa mana-mana orang meninggalkan
Malaysia dan “pengendali asing” ertinya mana-mana orang, yang mengendalikan apa-apa kenderaan untuk membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia, tetapi tidak mempunyai perniagaan atau tempat perniagaan di Malaysia;
“tarikh efektif” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(3).
Bahagian II
Pentadbiran
Bahagian III
Pengenaan dan Skop Levi Pelepasan
Bahagian IV
Pendaftaran
Bahagian V
Rekod, Penyata, Taksiran dan Mendapatkan Balik
Bahagian VI
Pengecualian, Peremitan dan Pembayaran Balik
Bahagian VII
Penguatkuasaan
Bahagian VIII
Kesalahan
Bahagian IX
Perbicaraan dan Prosiding
Bahagian X
Pelbagai
Bahagian XI