Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian II · Majlis Pendidikan Tinggi Negara
Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian II · Majlis Pendidikan Tinggi Negara
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Menteri sebagai Pengerusi;
Ketua Setiausaha Kementerian *Pengajian Tinggi atau wakilnya;
Ketua Pengarah Pendidikan *Tinggi atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan atau wakilnya;
Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana
Menteri atau wakilnya;
*CATATAN— Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021].
Undang-Undang Malaysia 8
Peguam Negara atau wakilnya;
tiga orang Naib Canselor mana-mana Universiti dan Kolej
Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
tidak lebih daripada dua orang yang merupakan ketua pegawai eksekutif mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta; dan
tidak lebih daripada tiga orang yang, kerana pengetahuan dan pengalaman mereka, boleh pada pendapat Menteri membantu Majlis.