Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian III

13. Jawatankuasa

(1)

Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa yang difikirkannya patut bagi maksud membantu Majlis melaksanakan fungsinya.

(2)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan orang yang dilantik oleh Majlis dalam kalangan anggotanya.

(3)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), Majlis boleh mengundang mana-mana orang atau wakil mana-mana organisasi untuk menasihati sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dalam menjalankan fungsinya.

(4)

Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (2) atau diundang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa di bawah subseksyen (3)

boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

Report