Seksyen 70
Peralihan
Mana-mana orang yang telah menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang sebelum tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2) boleh meneruskan perniagaan itu seolah-olah
Akta ini tidak diperbuat bagi tempoh enam bulan dari tarikh yang ditetapkan itu atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Bank, yang boleh disebut sebagai “tempoh tangguh”.
(2)
Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1) berniat untuk meneruskan perniagaan pemprosesan mata wang itu selepas tamatnya tempoh tangguh itu, orang itu hendaklah membuat suatu permohonan untuk didaftarkan sebagai seorang pemproses mata wang berdaftar di bawah seksyen 25 dalam tempoh tangguh itu.
(3)
Jika seseorang yang disebut dalam perenggan (1) telah didaftarkan sebagai seorang pemproses mata wang berdaftar oleh
Bank, pemproses mata wang berdaftar itu diberi tempoh tangguh tambahan selama enam bulan dari tamatnya tempoh tangguh itu bagi mematuhi sepenuhnya peruntukan dalam Penggal 2 Bahagian IV dan apa-apa ketakpatuhan selepas tamatnya tempoh tangguh tambahan itu akan tertakluk kepada tindakan yang diperuntukkan dalam peruntukan yang berkenaan.
(4)
Jika seseorang tidak memohon untuk didaftarkan sebagai seorang pemproses mata wang berdaftar atau permohonan pendaftarannya ditolak apabila tamatnya tempoh tangguh itu, orang itu hendaklah dengan serta-merta berhenti daripada menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang, pada tarikh akhir tempoh tangguh itu.
(5)
Tempoh tangguh di bawah subseksyen (1) hendaklah tamat dalam hal jika seseorang itu telah memohon untuk didaftarkan sebagai seorang pemproses mata wang berdaftar—
(a)
pada tarikh permohonan bagi pendaftaran sebagai seorang pemproses mata wang berdaftar itu diterima oleh Bank dan suatu pemberitahuan di bawah seksyen 26 dikeluarkan;
atau
(b)
pada tarikh penyampaian suatu notis di bawah seksyen 27
yang menyatakan bahawa permohonan bagi pendaftaran itu ditolak oleh Bank.
Mata Wang 45