Act of Parliament · Updated to 28 Feb 2020 · 7 parts
Akta Mata Wang 2020
Feedback & supportManaging the country's currency and regulating currency processingBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mata Wang 2020.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Bahagian atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
8
Undang-Undang Malaysia
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“aktiviti pemprosesan mata wang” ertinya—
pengisihan mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut ketulenan atau kualiti; atau
pembungkusan mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut kualiti, kuantiti atau denominasi;
“Bank” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009
[Akta 701];
“Gabenor” ertinya Gabenor Bank;
“institusi kewangan” ertinya—
suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758], suatu bank Islam berlesen di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] dan suatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi
Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; atau
mana-mana orang yang diisytiharkan sebagai suatu institusi kewangan dalam Jadual Pertama;
“instrumen atau bahan” termasuklah—
yang berhubungan dengan mata wang kertas, filem asal, progresif, plat, pruf, dan mata wang kertas yang belum dicetak, separuh dicetak atau siap dicetak;
yang berhubungan dengan mata wang syiling, reka bentuk, acuan, roda huruf, penebuk, kolar, dai, peralatan kerja, blok gerigi dan penghurufan, syiling kosong dan mata wang syiling yang siap ditempa; dan
Mata Wang 9
apa-apa perkakas, kelengkapan dan jentera yang berhubungan dengan pengeluaran, pencetakan atau penempaan mata wang kertas atau mata wang syiling;
“Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari” ertinya Jawatankuasa
Semakan Penalti Monetari yang ditubuhkan di bawah seksyen 238
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;
“komputer” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“mata wang kertas” ertinya suatu wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank termasuk suatu wang kertas peringatan yang dikeluarkan oleh Bank untuk, atau bagi memperingati, suatu peristiwa atau tujuan tertentu;
“mata wang syiling” ertinya suatu syiling yang dikeluarkan oleh
Bank termasuk suatu wang syiling peringatan yang dikeluarkan oleh Bank untuk, atau bagi memperingati, suatu peristiwa atau tujuan tertentu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang” ertinya mana-mana orang sebenar, perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau yang tidak diperbadankan dan termasuklah Kerajaan dan mana-mana
Kerajaan Negeri;
“output komputer” ertinya suatu pernyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau yang lain—
yang dikeluarkan oleh suatu komputer;
yang ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau
yang diterjemahkan dengan tepat daripada suatu pernyataan atau gambaran yang dikeluarkan dalam bentuk sedemikian;
10
Undang-Undang Malaysia
“pemproses mata wang berdaftar” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah subseksyen 26(1) untuk menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang dan bagi maksud Penggal 3 Bahagian IV termasuklah mana-mana institusi kewangan yang menjalankan aktiviti pemprosesan mata wang;
“perniagaan pemprosesan mata wang” ertinya—
perniagaan—
mengumpul mata wang kertas atau mata wang syiling;
mengisih mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut ketulenan dan kualiti; dan
membungkus mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut kualiti, kuantiti dan denominasi, oleh seseorang bagi atau bagi pihak orang lain; atau
apa-apa aktiviti yang diisytiharkan sebagai suatu perniagaan pemprosesan mata wang di bawah seksyen 23.
Suatu mata wang kertas hendaklah disifatkan rosak—
jika apa-apa perkataan, tanda, simbol, lukisan, karikatur, atau benda lain, telah ditulis, digores atau dalam apa-apa cara lain atau melalui apa-apa cara lain telah ditunjukkan pada permukaannya; atau
jika mata wang kertas itu koyak, tercemar, terbakar, dikotori, punah atau dengan apa-apa cara selainnya dicacatkan.
Suatu mata wang syiling hendaklah disifatkan dibega—
jika mata wang syiling itu cacat, susut atau menjadi ringan melainkan kerana rosak rosot biasa; atau
jika mata wang syiling itu dicap, diukir atau ditebuk, tidak kira sama ada syiling itu telah menjadi susut atau ringan.
Mata Wang 11
s 3Orang yang diisytiharkan sebagai institusi kewangan
Mana-mana orang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama diisytiharkan sebagai suatu institusi kewangan bagi maksud Akta ini.
Kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta ini adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa dan fungsi
Bank di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Gabenor hendaklah menjalankan apa-apa kuasa dan melaksanakan apa-apa fungsi Bank di bawah Akta ini bagi pihak
Bank.
Bank boleh, sama ada secara am atau dalam suatu hal tertentu, melantik mana-mana orang, termasuk pegawai Bank, sama ada di dalam atau di luar Malaysia—
untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa fungsi, Bank, di bawah Akta ini bagi pihak dan atas nama Bank; atau
untuk memberikan apa-apa bantuan dalam menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa fungsi, Bank, di bawah Akta ini.
Bahagian II
Kuasa yang Berhubungan Dengan Mata Wang
Bahagian III
Kesalahan yang Berhubungan Dengan Mata Wang
Bahagian IV
Perniagaan Pemprosesan Mata Wang
Bahagian V
Penguatkuasaan
Bahagian VI
Bahagian VII