Skip to content

Seksyen 11

Dokumen bercetak hendaklah mengandungi nama pencetak dan penerbit

of Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

ActIn forceProvision 15 of 33
Seksyen 11

(2)

Tiada seorang pun boleh menerbit, menghasil semula, menjual, mengeliling atau mengedar, atau menawarkan untuk menerbit, menghasil semula, menjual, mengeliling atau mengedar apa-apa hasil penerbitan yang tidak mempunyai nama dan alamat pencetak dan penerbit, atau berkenaan dengan rakaman suara, nama dan alamat pengeluar dicetak dengan jelasnya pada kulit atau bekas dan mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Berkenaan dengan hasil penerbitan yang diimport ke dalam

Malaysia maka adalah menjadi pematuhan yang cukup akan seksyen ini kiranya nama pencetak, penerbit atau pengeluar dicetak dengan jelas pada mana-mana bahagian hasil penerbitan atau bekas itu.