Seksyen 9
Hasil penerbitan tidak diingini boleh ditolak daripada diimport
of Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
Tanpa menjejaskan apa-apa jua dalam Akta ini, Menteri boleh menolak pengimportan ke dalam
Malaysia atau menahan penghantarserahan atau mengembalikan kepada pengirimnya di luar
Malaysia apa-apa hasil penerbitan yang dia berpuas hati mengandungi apa-apa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang
Mesin Cetak dan Penerbitan 15
mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.
(2)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Menteri boleh membenarkan pengimportan atau penyerahhantaran apa-apa hasil penerbitan setelah mana-mana bahagian daripada hasil penerbitan yang difikirkannya tidak diingini mengikut apa jua alasan seperti dinyatakan dalam subseksyen (1) itu telah dihapus, dipotong, dipadam atau dibuangkan hingga memuaskan hatinya.
(3)
(Dipotong oleh Akta A684).
Menahan penghantarserahan sementara menanti keputusan