Seksyen 5
of Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
Seksyen 5
(1)
Tiada seorangpun boleh mencetak, mengimport, menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar atau menawar untuk
10 Undang-Undang Malaysia Akta 301
menerbitkan, menjual, mengelilingi atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau Singapura melainkan jika permit di bawah perenggan 6(1)(a) atau (b) telah diberi oleh Menteri berkenaan dengan akhbar itu.
(2)
Mana-mana orang yang —
(a)
mencetak apa-apa akhbar yang berkenaan dengannya permit telah tidak diberi atau yang berkenaan dengannya permit telah dibatalkan atau digantung; atau
(b)
mengimport, menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar, atau menawar untuk menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar, atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu, apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau Singapura yang berkenaan dengannya tiada permit telah diberi atau yang berkenaan dengannya permit telah dibatalkan atau digantung, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.