Skip to content

Seksyen 8

Kesalahan

of Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

ActIn forceProvision 8 of 33
Seksyen 8
(1)

Mana-mana orang yang tanpa sebab yang munasabah didapati memiliki apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

(2)

Mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.